Pakej Bangkok Kanchanaburi 5D4N 2026 | Abang Travel
Pakej Bangkok Kanchanaburi 5D4N
Pakej ini menggabungkan pengalaman bercuti di Bangkok dengan perjalanan ke Kanchanaburi, menjadikannya pilihan menarik untuk anda yang tidak mahu hanya menghabiskan percutian di sekitar bandar Bangkok. Nikmati suasana bandar, aktiviti membeli-belah serta tarikan menarik sebelum meneruskan perjalanan meneroka Kanchanaburi.
Dengan konsep private trip Bangkok Kanchanaburi, perjalanan lebih mudah kerana jadual dan pengangkutan disusun mengikut pakej. Harga adalah berdasarkan jumlah peserta, menjadikannya sesuai untuk couple, family, keluarga besar atau group kawan-kawan.
Jika anda merancang percutian ke Thailand, Pakej Bangkok Kanchanaburi 5D4N memberikan peluang untuk menikmati dua destinasi dalam satu perjalanan. Semak harga mengikut jumlah pax dan pilih tarikh perjalanan anda bersama Abang Travel & Tour Sdn Bhd.
Pakej Termasuk
- ✓ ✈️ Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- ✓ 🏨 Penginapan hotel bertaraf 3★ sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- ✓ 🍽️ Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut atur cara.
- ✓ 🎟️ Tiket masuk ke tempat lawatan: Skywalk Over The River Kwai, Safari Park Kanchanaburi, Classic Train Ride dan Chao Phraya River Tourist Boat.
- ✓ 🚣 Pengangkutan sampan di Damnoen Saduak Floating Market.
- ✓ 🚌 Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- ✓ 👨💼 Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong profesional.
- ✓ 💵 Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
Pakej Tak Termasuk
- ✕ 🛡️ Insurans kembara (Travel Insurance).
- ✕ ✈️ Surcaj tambahan sekiranya berlaku perubahan waktu penerbangan, musim puncak atau cuti sekolah.
- ✕ 🏨 Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- ✕ 🍽️ Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain daripada yang dinyatakan dalam pakej.
- ✕ 🧳 Bayaran tambahan untuk lebihan bagasi penerbangan.
- ✕ 💰 Perkara-perkara lain yang tidak dinyatakan dalam atur cara dan pakej.
Tarikh & Harga Sharing
Pilih departure yang sesuai. Harga dan status adalah mengikut tarikh.
Itinerary Pakej Bangkok Kanchanaburi 5D4N
Day 1 — KL - BANGKOK - KANCHANABURI
Bee Farm
Ladang dan pusat pemprosesan madu lebah kecil yang mempamerkan produk madu asli serta barangan berasaskan lebah.
Lawatan di Kanchanaburi:
Kanchanaburi Skywalk
Jambatan kaca moden yang terletak di tebing Sungai Kwai, menawarkan pengalaman berjalan di atas lantai kaca dengan pemandangan Sungai Kwai dan bandar Kanchanaburi dari ketinggian.
River Kwai Bridge
Jambatan bersejarah di Kanchanaburi yang dibina semasa Perang Dunia Kedua sebagai sebahagian daripada laluan Death Railway yang menghubungkan Thailand dan Burma (Myanmar). Menawarkan pemandangan Sungai Kwai serta peluang bergambar di lokasi ikonik yang sarat dengan nilai sejarah.
Bermalam di Kanchanaburi.
Day 2 — KANCHANABURI
Pelawat boleh menggunakan pengangkutan yang disediakan untuk mendekati dan melihat haiwan. Antara tarikannya ialah peluang melihat pelbagai haiwan, memberi makan zirafah dari jarak dekat dan pertunjukan buaya.
Death Railway River Kwai
Melawat jambatan landasan kereta api merentasi River Kwai yang bersejarah dan terkenal dengan jolokan Death Railway.
Classic Train Ride
Merasai pengalaman menaiki kereta api melalui sepanjang Death Railway dengan pemandangan River Kwai dan bukit-bukau.
JJ Local Night Market
Masa membeli-belah di pasar malam yang menawarkan makanan jalanan, produk kecantikan, pakaian dan aksesori elektronik.
Bermalam di Kanchanaburi.
Day 3 — KANCHANABURI - RATCHABURI - SAMUT SONGKHRAM - BANGKOK
Pengalaman menaiki sampan menyusuri terusan Damnoen Saduak yang menempatkan salah satu pasar terapung terkenal di Thailand.
Maeklong Railway Market
Pasar unik dengan peniaga menjual barangan di tepi rel kereta api dan akan mengalihkan barangan setiap kali kereta api melalui kawasan tersebut.
Ramkhamhaeng Night Market
Pasar malam popular di Bangkok yang menawarkan pakaian, aksesori dan cenderahati pada harga berpatutan.
Bermalam di Bangkok.
Day 4 — BANGKOK
Galeri dan kilang batu permata Thailand yang mempamerkan proses pemotongan serta penghasilan barang kemas.
Platinum Mall – Pratunam Area
Masa bebas membeli-belah di Platinum Mall yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan barangan fesyen pada harga borong dan runcit.
Chao Phraya River Tourist Boat
Menyusuri Sungai Chao Phraya dengan menaiki bot persiaran.
ICONSIAM Shopping Mall
Masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar.
Bermalam di Bangkok
Day 5 — BANGKOK - KUALA LUMPUR
Pusat produk herba dan kesihatan Thailand yang menawarkan pelbagai barangan berasaskan herba semula jadi.
MBK Center
Kompleks membeli-belah dengan lebih 2,000 buah kedai yang menjadi antara tumpuan pelancong.
December's Mall
Pusat membeli-belah di Bangkok yang terkenal dengan barangan fesyen, pakaian, aksesori dan cenderahati.
Seterusnya menaiki penerbangan pulang dan mendarat di KLIA Terminal 1.
Hotel
Penginapan Langkawi
Masukkan hotel / homestay / roomstay yang digunakan.
Cara Booking
- Hubungi admin melalui WhatsApp
- Beritahu tarikh perjalanan
- Beritahu jumlah pax
- Admin semak kekosongan
- Bayar deposit untuk confirm booking
Soalan Lazim
Boleh pilih tarikh sendiri?
Untuk private trip, tarikh boleh pilih mengikut kekosongan.
Nak Book Pakej Bangkok Kanchanaburi 5D4N?
Semak tarikh dan kekosongan dengan team Abang Travel.
WHATSAPP SEKARANG